Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda,
"Seandainya seseorang melakukan perbuatan dosa kemudian berkata,
"Wahai Tuhanku! Aku telah berdosa, maafkanlah aku!
Maka Tuhannya berkata, "Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Tuhan yang akan mengampuni dosanya dan menghukumnya. Oleh kerana itu aku akan mengampuni (dosa) hamba-Ku".
Maka Tuhannya berkata, "Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Tuhan yang akan mengampuni dosanya dan menghukumnya. Oleh kerana itu aku akan mengampuni (dosa) hamba-Ku".
Kemudian ia berhenti tidak melakukan perbuatan dosa untuk sementara waktu dan kemudian melakukannya lagi dan berkata,
"Wahai Tuhanku! Aku melakukan perbuatan dosa lagi, ampunilah aku!"
Maka Allah berkata, "Hamba-Ku tahu bahawa ia memiliki Tuhan yang akan memberinya ampunan dan hukuman. Oleh kerana itu Aku akan mengampuni (dosa) hamba-Ku!"
Untuk beberapa lama ia tidak melakukan perbuatan dosa dan setelah beberapa waktu kembali ia melakukan perbuatan dosa dan berkata,
"Wahai Tuhanku! Aku melakukan perbuatan dosa yang lain. Ampunilah dosaku!' Maka Allah berkata, "Hamba-Ku tahu bahawa ia memiliki Tuhan yang akan memberinya ampunan atau hukuman. Oleh kerana itu Aku akan memberi hamba-Ku ampunan dan ia dapat melakukan apa pun yang ingin ia lakukan."
-Sahih Bukhari 2225 (9:598-S.A)
-Sahih Bukhari 2225 (9:598-S.A)
No comments:
Post a Comment