"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mencemuhkan kaum yang lain kerana boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka yang mencemuhkan. Dan jangan pula wanita-wanita mencemuhkan wanita-wanita lain kerana, boleh jadi wanita-wanita yang dicemuhkan itu lebih baik. Dan janganlah pula kamu mencela dirimu sendiri dan jangan lah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(QS: Al-Hujuurat [49]:11)
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”
(QS: Al-Hujuurat [49]:12)
(QS: Al-Hujuurat [49]:12)
No comments:
Post a Comment